fbpx

Kewangan agensi Ji-hyo, Suk-jin goyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JI Suk-jin dan Song Ji-hyo.

TAK sampai setahun, agensi yang dinaungi dua anggota program Running Man, Song Ji-hyo dan Ji Suk-jin iaitu Uzurocks Entertainment dilaporkan kini dalam keadaan getir.

Media Korea Selatan melaporkan, agensi tersebut sedang berdepan krisis kewangan teruk sehingga terpaksa memberhentikan beberapa orang pekerjanya kerana gagal membayar gaji.

Semua pekerja terlibat dikatakan tidak mendapat gaji selama dua hingga tiga bulan, bahkan lebih teruk masalah tersebut turut melibatkan bayaran artis.

“Ada sesetengah pekerja tidak dibayar polisi insurans mereka. Saya sendiri tidak dibayar bonus akhir tahun yang sepatutnya diterima bersama gaji.

“Malah, sesetengah selebriti juga tidak menerima bayaran untuk kerja-kerja dilakukan termasuklah melibatkan projek penampilan dan juga lantikan duta,” kata seorang pekerja seperti dipetik dalam laporan sebuah media.

Pada masa sama, ada antara pekerja di situ bertindak berhenti kerja kerana memikirkan masa depan syarikat yang tidak menentu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, Park Joo-nam yang menetap di Amerika Syarikat bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan pengesahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI