fbpx

Kerajaan bincang dengan syarikat penerbangan berkaitan harga tiket untuk mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

SHAH ALAM – Isu harga tiket penerbangan yang membebani pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mendapat perhatian kerajaan yang akan berbincang dengan syarikat penerbangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kementerian pengangkutan sebelum ini telah membuat penambahan penerbangan khususnya berkaitan cuti raya.

“Tetapi ini (permintaan supaya kurangkan harga tiket) di luar skop kerajaan dan kena bagi subsidi tiket.

“Student (pelajar) ini masuk akal dan mungkin kena runding dengan syarikat penerbangan,” katanya pada sesi dialog bersama mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Terdahulu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Negeri Sembilan mengutarakan berhubung kebimbangan mahasiswa mengenai harga tiket kapal terbang domestik yang mahal.

Jelas beliau, sijil atau identiti pelajar diperlukan dengan kemungkinan pemberian tiket setahun sekali kepada golongan itu.

“Boleh, nanti saya akan bincang dengan Menteri Pengangkutan. Saya terima ini satu masalah kerana bukan semua keluarga dari Sabah dan Sarawak dan keluarga di sini yang ke negeri tersebut adalah senang dan terbeban,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI