fbpx

Kapal tangki, bot tunda ditahan pindah minyak tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki dan bot tunda yang ditahan perairan berhampiran Persiaran Karpal Singh semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki serta bot tunda (tug bot) selepas didapati gagal mendapatkan kebenaran untuk melakukan aktiviti pemindahan minyak semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot Maritim Malaysia telah mengesan sebuah kapal tangki MT Mekar Jaya dan sebuah bot tunda YKP Karishma merapat antara satu sama lain dalam keadaan mencurigakan ketika melaksanakan rondaan rutin Op Pertiwi kira-kira pukul 2.10 petang.

Menurutnya, kedua-dua bot itu dikesan pada kedudukan 0.29 kilometer timur perairan Persiaran Karpal Singh.

“Hasil pemeriksaan, kapal tangki MT Mekar Jaya berbendera Malaysia dikendalikan lapan kru termasuk nakhoda iaitu tujuh warga Indonesia dan seorang warga tempatan.

“Bot tunda YKP Karishma yang berbendera Thailand dikendalikan enam kru termasuk nakhoda iaitu empat warga Indonesia dan dua warga Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua kru kapal tangki dan bot tunda itu yang berusia antara 26 hingga 51 tahun didapati memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu gagal memaklumkan Pengarah Jabatan Laut untuk melakukan aktiviti pemindahan minyak Ship to Ship (STS).

“Nakhoda dan ketua jurutera kapal serta tug bot termasuk dokumen berkaitan telah dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI