fbpx

EPL: Newcastle United tidak mahu peduli kedudukan carta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILSON berjaya meledak dua gol ketika membantu Newcastle membenam cabaran West Ham 5-1 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe menjelaskan beliau langsung tidak berminat untuk melihat carta liga atau pun keputusan pesaing terdekat, Manchester United sebaliknya kekal fokus kepada persembahan sendiri.

Kemenangan 5-1 ke atas West Ham United, awal pagi semalam dan kejayaan 2-0 ke atas Uni­ted di St James Park, Ahad lalu menyaksikan The Magpies serta The Red Devils kini berkongsi 53 mata.

“Saya fikir ia adalah perlawanan yang sukar dan keputusan akhir juga sesuatu yang di luar jangka. Ia mungkin akan sedikit berbeza jika West Ham mampu untuk menjaringkan gol setiap pe­luang yang mereka cipta.

“Kami kini sedang menyempurnakan nasib kami dan berjaya menghasilkan jaringan yang menarik. Apabila kami memulakan perlawanan, ia berlangsung de­ngan baik untuk menghadirkan malam yang sempurna bagi kami.

“Kami tidak terlalu fokus kepada carta liga dan saya juga tidak tahu tentang keputusan perlawanan lain. Bagi saya, kemenangan yang kami raih adalah lebih penting,” katanya.

Dua gol daripada Callum Wilson dan Joelinton serta jaringan Alexander Isak melengkapkan persembahan cemerlang Newcastle, manakala gol tunggal West Ham dihasilkan oleh Kurt Zouma.

“Ia adalah penampilan yang luar biasa buat Callum dan dia seorang pemain serta penjaring terhebat yang ada dalam pasukan ini. Saya begitu gembira de­ngan prestasi pasukan di babak kedua, walaupun tidak begitu sempurna, kami masih mengawal permainan,” jelas Howe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI