fbpx

EPL: Man. United kembali pamer kebangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD muncul wira United apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika mereka menundukkan Brentford awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag menggesa para pemainnya supaya terus memberikan aksi terbaik dalam usaha memastikan mereka berjaya meraih slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Awal pagi semalam menyaksikan United berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Brentford pada aksi di Old Trafford menerusi gol kemenangan yang dijaringkan oleh Marcus Rashford selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada Newcastle United sebelum itu.

Bagaimanapun, Ten Hag di­lihat masih belum berpuas hati dengan persembahan diberikan oleh para pemain pertahanan apabila menyifatkan mereka mudah hilang fokus terutama ketika Raphael Varane hampir terpe­rangkap dengan gerakan Kevin Schade pada aksi berkenaan.

“Hari ini kami telah menunjukkan keinginan dan kesungguhan yang telah hilang pada aksi sebelum ini. Kami benar-benar menunjukkan sesuatu yang sepatutnya ada dalam pasukan ini.

“Apabila anda hilang fokus, kesilapan akan berlaku. Kami mahu bermain seperti mesin, tidak membuat kesilapan. Kali ini kami melakukan satu kesilapan, namun kami bernasib baik kerana mereka tidak berjaya mengambil kesempatan.

“Aksi Ahad lalu (menentang Newcastle) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Kami tidak ‘berada’ dalam perlawanan itu, ia bukanlah standard kami dan itu juga bukanlah United.

“Kami sedar bahawa kami perlu bangkit daripada kekalahan itu dan kami berjaya melakukannya. Saya suka cara pasukan ini bermain pada separuh masa pertama menentang pasukan yang sukar,” jelasnya.

Sementara itu, Ten Hag tidak dapat menjelaskan mengenai tahap kecederaan dialami Luke Shaw yang terpaksa dikeluarkan sebelum babak pertama ber­akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI