fbpx

Empat buah kereta letak tepi jalan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang temui terbakar dalam kejadian di Jalan Bahagia 26, Taman Sri Bahagia, Cheras, awal pagi tadi.

CHERAS – Empat buah kereta yang diletakkan di tepi jalan ditemui terbakar dalam kejadian di Jalan Bahagia 26, Taman Sri Bahagia, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 2.33 pagi tadi.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Setibanya di lokasi, kami dimaklumkan terdapat kebakaran membabitkan empat kereta yang diletakkan di tepi jalan di lokasi kejadian berkenaan.

“Empat kenderaan yang terbabit adalah masing-masing sebuah Suzuki Swift, Audi QS, Perodua Myvi dan Produa Axia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Morni, kereta jenis Audi QS dan Perodua Myvi terbabit dianggarkan terbakar 80 hingga 90 peratus, manakala dua lagi kenderaan masing-masing terbakar 10 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI