fbpx

Berseri sempena Hari Raya di LaLaport BBCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruang legar utama LaLaport BBCC dihias indah dengan dekorasi Aidilfitri, menjadikannya lokasi sesuai untuk bergambar kenangan serta dikongsi bersama kenalan di media sosial.

RAYA kembali lagi, pastinya tahun ini sambutan Aidilfitri lebih meriah bersama keluarga tercinta di kota mahupun di desa.

Kemeriahan Syawal semakin terasa tatkala orang ramai sudah mula melakukan persiapan menjelang hari kemenangan yang bakal berkunjung tidak lama lagi.

Daripada pakaian, kelengkapan rumah hingga kuih muih dan bahan memasak, semuanya menjadi kemestian untuk menyambut hari Lebaran yang mulia.

Ketua keluarga sudah pastinya telah merancang perbelanjaan bagi memastikan keperluan Aidilfitri dapat dipenuhi.

Memahami pelbagai keperluan yang perlu disediakan untuk Hari Raya tahun ini, kompleks beli belah LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) menawarkan segala persiapan Aidilfitri di bawah satu bumbung.

Maskot animasi Omar dan Hana menghiburkan pengunjung cilik di Lalaport.

Bertemakan “A Radiant Raya” LaLaport BBCC menawarkan pelbagai promosi serta aktiviti menarik buat semua pengunjung yang datang sehingga 1 Mei 2023.

Di LaLaport BBCC, pengunjung dari pelbagai peringkat umur boleh mendapatkan baju raya mereka yang mengikut trend dan fesyen terkini menerusi pelbagai butik, vendor dan gerai sekitar LaLaport BBCC.

Bergaya sakan dengan seleksi pakaian dan aksesori daripada jenama-jenama besar hingga hasil rekaan anak tempatan.

Di samping berbelanja, pengunjung juga boleh memanjakan diri di pusat-pusat kecantikan supaya tampil cantik dan berseri di hari Lebaran.

Buat golongan ibu-ibu, kelengkapan rumah, bekas kuih, pinggan mangkuk dan sebagainya turut tersedia daripada pelbagai rekaan yang memukau mata.

Tidak lengkap juga Raya tanpa kuih dan muih aneka macam yang boleh didapati di Lalaport BBCC.

Demonstrasi masakan oleh cef selebriti, Sheila Rusly memberi idea kepada kaum ibu untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur.

Selain memenuhi keperluan Aidilfitri, sepanjang kempen “A Radiant Raya” turut diadakan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

Pengunjung boleh menikmati persembahan musik tradisonal, tarian tradisional dan pelbagai lagi di ruang legar utama.

Bagi yang suka sentuhan kreativiti, sepanjang kempen raya di Lalaport BBCC, pelbagai bengkel turut dianjurkan seperti pembuatan sampul raya, bunga lilin, melukis batik dan origami khas buat mereka yang berminat.

Sesi perkongsian turut diadakan terutama untuk tips-tips kecantikan buat mereka yang mahu tampil lebih anggun di Aidilfitri.

Golongan kanak-kanak juga tidak ketinggalan untuk turut serta dengan aktiviti di LaLaport BBCC.

Ibu bapa boleh membawa anak-anak untuk beramah mesra dengan karakter kartun popular Omar dan Hana serta menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan.

Pengunjung di Lalaport tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan busana raya mereka pada harga promosi.

Di ruang legar utama, LaLaport BBCC turut membuat dekorasi Aifilditri yang gah dan indah serta terbuka untuk kunjungan orang ramai.

Di setiap ruang dekorasi turut sesuai untuk orang ramai merakam foto sebagai tanda kenangan dan dikongsi di media sosial.

Sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini, LaLaport BBCC turut menganjurkan Lat Ta Li Lat Ramadan Bazaar yang menampilkan lebih 20 vendor yang turut menjual pelbagai keperluan termasuk makanan dan minuman.

Oleh itu, pengunjung tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan berbuka atau menghilangkan lelah jika berkunjung pada waktu malam.

Di LaLaport BBCC juga terdapat pelbagai restoran yang boleh dikunjungi buat mereka yang ingin menjamu selera.

Selain pelbagai aktiviti dan promosi menarik di LaLaport BBCC, sambutan Aidilfitiri turut dimeriahkan dengan dua bazar di Malaysia Grand Bazaar (MGB).

Pengunjung boleh ke Pesta Raya by Localwave yang berlangsung hingga 19 April 2023 dan Kaleidoscopic Raya Ramadan Bazaar by Uda yang diadakan sehingga 21 April 2023.

Jadikan LaLaport BBCC sebagai destinasi beli belah Aidilfitri supaya raya kali ini lebih bersinar dan bermakna. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI