fbpx

Agong, Permaisuri bergambar atas Jambatan Kedua Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin bergambar di Jambatan Kedua Pulau Pinang hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa menuruni kenderaan rasmi Baginda berdua untuk bergambar di mercu Jambatan Kedua Pulau Pinang hari ini.

Melalui Facebook rasmi Istana Negara hari ini berkata, Seri Paduka Baginda berdua dalam perjalanan berangkat ke daerah Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijadual menyempurnakan majlis perasmian Masjid Jamek Ar-Rahmani, Kampung Banggol, Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pula menyempurnakan majlis pengurniaan sumbangan kepada penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas, Pulau Pinang,” jelas Istana Negara.

Tambah Istana Negara, menjelang petang nanti, Seri Paduka Baginda berdua dijadual berangkat ke majlis sambutan Nuzul Al-Quran dan majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Negeri, Pulau Pinang.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua berada di Pulau Pinang dalam lawatan tiga hari, bermula semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI