fbpx

UNSC perlu pastikan regim Israel bertanggungjawab – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Komuniti antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) digesa agar memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, Rabu lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan di akaun Twitternya, serangan yang disifatkan sebagai jenayah keji itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera.

Beliau turut mendesak rejim Israel untuk membebaskan segera semua tahanan Palestin yang ditahan semasa serbuan tersebut.

“Masyarakat antarabangsa mesti menuntut rejim Israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan.

“Malaysia terus berdiri dalam solidariti yang kuat dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam,” katanya.

Tentera Israel pada Rabu lalu menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki untuk malam kedua berturut-turut dan menyerang jemaah Palestin.

Lebih 400 jemaah Palestin diserang dan ditangkap dalam serbuan ganas di perkarangan masji tersebut yang diduduki.

Saksi Palestin berkata, polis Israel menggunakan kekerasan yang berlebihan apabila mereka mula melempar bom tangan dan gas pemedih mata ke arah para jemaah yang sedang menunaikan solat dan bertadarus al-Quran.

Lapor Al Jazeera, mereka turut bertindak kejam memukul para jemaah menggunakan belantan dan senapang hingga menyebabkan kecederaan dan sesak nafas.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh mengutuk serangan terbaru ke atas rakyatnya yang disifatkan sebagai jenayah.

“Apa yang berlaku di Baitulmuqaddis adalah jenayah besar terhadap umat Islam. Solat di Masjid Al-Aqsa bukanlah dengan izin zionis Israel, tetapi ia adalah hak kami.

“Al-Aqsa adalah untuk rakyat Palestin dan untuk semua orang Arab dan umat Islam. Serangan ini akan menjadi percikan revolusi menentang pendudukan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI