fbpx

Tuntutan nusyuz: Syamsul tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebentar tadi.

GOMBAK – Pengarah kontroversi Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini sebentar tadi.

Syamsul, 39, tiba pada pukul 9.10 pagi dengan turut dihadiri peguam syarienya Azmi Mohd. Rais.

Hari ini merupakan sebutan kali pertama tuntutan nusyuz yang dibuat oleh Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof terhadap isterinya Puteri Sarah Liyana.

Bagaimanapun setakat ini Sarah belum hadir ke mahkamah.

Sebelum ini, Syamsul ketika memfailkan tuntutan itu memberitahu antara alasan tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap Sarah adalah kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI