fbpx

Tuntutan nusyuz: Puteri Sarah akan fail pembelaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul bersama peguamnya syarienya ketika keluar dari Mahkamah Rendaj Syariah Gombak Timur hari ini.

GOMBAK – Pelakon Puteri Sarah Liyana akan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz yang dibuat suaminya pengarah kontroversi Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku defendan dalam tuntutan nusyuz itu.

“Pihak kami ambil maklum tuntutan (nusyuz) yang diterima pada 24 Mac lalu. Pihak kami akan memasukkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan tersebut,” kata Akberdin.

Dalam pada itu, Akberdin turut memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana berada di luar negara dan memohon kehadiran anak guamnya dikecualikan.

“Anak guam akan sampai di Malaysia pada pukul 11 pagi ini,” katanya.

Sementara itu peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul, 39, atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof selaku plaintif mengesahkan perkara berkenaan.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din menetapkan 8 Mei ini bagi sebutan semula kes.

Pada tarikh sebutan semula kes itu, mahkamah turut mengecualikan kehadiran Syamsul dan Puteri Sarah dan hanya diwakili peguam syarie masing-masing.

Berdasarkan tinjauan laman sosial Sarah, pelakon Andai itu Takdirnya berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI