fbpx

Tawar lebih 100 sajian warisan Nusantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMBING golek merupakan hidangan tumpuan ketika bufet Ramadan di The Pearl Kuala Lumpur.

LAMBAKAN makanan laut, shell out merupakan antara keunikan yang ditawarkan dalam hidangan bufet iftar di The Pearl Kuala Lumpur pada Ramadan kali ini.

Menurut ketua cef, Syakirin Abdullah, hidangan diberi sentuhan tersendiri itu merupakan menu signatur hotel berkenaan yang mendapat permintaan ramai.

“Pertama kali kita kenalkan shell out dalam menu Ramadan adalah pada tahun lepas dan sambutannya sangat menggalakkan.

“Jadi, kami buat lagi pada tahun ini. Keunikan hidangan shell out kami adalah pada sosnya iaitu barbeku dan Thai hijau,” katanya.

Selain itu, hotel berkenaan turut menawarkan lebih 100 sajian bertemakan Sajian Warisan Nusantara di Melon Cafe pada Aras 5 yang berakhir pada 20 April ini.

Antara menu lain yang dihidangkan adalah aneka nasi beriani, kambing golek, ayam golek, gulai kawah daging dan gulai daging bunga kantan.

Pelanggan turut dihiburkan dengan persembahan ghazal tradisional. Pakej berbuka puasa ini ditawarkan pada RM128 untuk dewasa, RM78 (kanak-kanak) dan RM98 (warga emas dan orang kelainan upaya).

Maklumat lanjut boleh didapati di www.pearl.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI