PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di 11 negeri malam ini.
MetMalaysia melalui laman sesawangnya memberitahu, amaran itu dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam itu melibatkan negeri Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Amaran berkenaan melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kampar dan Batang Padang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran dan Kuantan), Selangor (Sepang), seluruh Putrajaya , Negeri Sembilan (Tampin) dan Melaka di Jasin.
“Turut terlibat di Johor (Tangkak), Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Miri) dan Sabah di Pedalaman (Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” kata kenyataan itu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.