fbpx

Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali LBS tawar bonus menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembeli rumah LBS berpeluang memenangi duit raya bernilai RM480,000 menerusi kempen Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali.

PETALING JAYA – Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengorak langkah ‘ekstra’ tahun ini dengan pelancaran kempen terbaharu, iaitu ‘Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali’ sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kempen ini menawarkan ganjaran ‘Duit Raya’ bernilai lebih RM438,800 bagi mereka yang membeli rumah idaman mereka dengan LBS di samping menikmati enam tawaran bonus.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, turut berkongsi kegembiraan untuk meraikan kempen kali ini.

“Menjelang Syawal ini, kami sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran kempen Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali.

Pelanggan LBS turut berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan RM1.5 juta termasuk 22 unit kereta Perodua Axia.

“Kami percaya bahawa kempen ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pembeli kami malah turut membantu merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah idaman, sekaligus menjadikan sambutan Hari Raya kali ini lebih meriah dengan ganjaran bonus dan tawaran menarik,” katanya dalam satu kenyataan.

Enam tawaran bonus menarik di bawah kempen berkenaan termasuk yuran guaman percuma, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran fleksi, yuran tempahan yang rendah, yuran keluar sifar dan pakej kelengkapan perabot.

Lim Hock San

Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali merupakan lanjutan daripada kempen utama ‘LBS Fabulous Extraaa’, yang mana pembeli rumah bertuah berpeluang memenangi 22 unit kereta Perodua Axia, 41 unit Motosikal SM Sports 110R, 33 unit Sony 5.1 Cinema Home Soundbars, 46 unit basikal gunung Decathlon Rockrider ST30, Televisyen Panasonic 40 inci dan pelbagai peralatan elektrik bernilai RM1.5 juta.

Selain itu, LBS juga telah memperkenalkan tiga peraduan dalam talian yang menarik menerusi kolaborasi istimewa bersama OGAWA Malaysia bagi merancakkan lagi kempen kali ini.

Orang ramai boleh menyertai permainan dalam talian Ekstra Tuah Challenge menerusi laman web http://raikanrezeki.lbs.com.my dan tunjukkan bakat tarian di “Raya Ekstra TikTok Challenge” atau sertai “Rezeki Ekstra Raya Giveaway Contest”.

Pemenang bakal beroleh produk premium OGAWA iaitu kerusi urut Smart Reluxe (bernilai RM10,999), kerusi urut My Sofa Luxe (bernilai RM8,999) serta pembersih udara dan mesin urut kaki, bernilai lebih daripada RM50,000.

Tempoh kempen Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali adalah dari 1 April 2023 hingga 31 Mei 2023.

Untuk maklumat lanjut, layari www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI