fbpx

Putra Perdana banyak kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN anggota polis terutama di kawasan penempatan penduduk mampu mengurangkan berlakunya kes jenayah. – GAMBAR HIASAN

SEPANG – Penduduk di sekitar Putra Perdana di sini, berharap polis dapat meningkatkan kekerapan pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) ketika Aidilfitri dalam usaha mengurangkan kes jenayah di kawasan berkenaan.

Menurut penduduk, SJR yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang baru-baru ini menerusi Op Cegah Jenayah ternyata berjaya menurunkan statistik kes.

Seorang penduduk, Bishah Harun, 56, berkata, pelaksanaan SJR secara berkala pada Aidilfitri membolehkan penduduk berasa lebih selamat meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung.

“Sepanjang 18 tahun tinggal di sini, trend jenayah di Putra Perdana seakan bermusim. Ada ketika kes tinggi, tetapi ada ketika dalam keadaan terkawal.

“Jadi, apabila kes jenayah meningkat, kami berharap pelaksanaan SJR diteruskan sehingga Aidilfitri khususnya di kawasan panas,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Jelasnya, antara kes yang se­ring dilaporkan di kawasan tersebut adalah melibatkan jenayah ragut dan curi motosikal terma­suk membabitkan warga asing.

“Selain warga tempatan, warga asing juga mendiami kawasan Putra Perdana. Jadi, pemantauan berterusan harus dijalankan.

“Antara kemungkinan kes jenayah meningkat ialah penjenayah mahu mencari duit lebih pada hari raya kali ini,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Rahmat Razie, 29, menjelaskan, penduduk yang tidak pulang beraya juga perlu memainkan peranan bersama untuk turut memantau kawasan sekitar.

“Sepanjang Aidilfitri, polis bia­sanya sibuk memantau banyak kawasan. Jadi, penduduk perlu ambil inisiatif sendiri untuk sama-sama membantu.

“Pada masa sama, mereka juga boleh meminta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk memantau kawasan sekitar,” katanya.

Terdahulu pada Isnin lalu, IPD Sepang melaksanakan SJR selama tiga hari di sekitar kawasan Putra Perdana berikutan ­peningkatan kes jenayah di kawasan berkenaan.

Antara kes jenayah yang dilaporkan adalah membabitkan kecurian dalam bangunan, curi motosikal dan kenderaan serta pecah rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI