fbpx

Pewarna air balang tingkatkan risiko kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi di laman Facebook Public Health Malaysia

PETALING JAYA – Warna air yang kurang terang, tidak terlalu manis dan berasaskan jus sebenar antara ciri air balang yang lebih sihat untuk pengguna.

Menurut perkongsian oleh Public Health Malaysia, walaupun air yang bewarna terang nampak menyelerakan, tetapi sebenarnya mempunyai kandungan gula dan pewarna yang sangat tinggi.

Lebih menakutkan, pewarna berlebihan ini boleh menyumbang kepada alahan dan risiko pelbagai penyakit bahaya seperti kanser.

Public Health Malaysia juga turut menyarankan orang ramai untuk menambah air dan berkongsi dengan lebih ramai orang sekiranya air balang yang dibeli terlalu manis.

“Jika air terlalu manis, tambahkan air kosong dan kongsikan dengan lebih ramai orang, bukan minum seorang,” katanya.

Tambahnya lagi, pembeli harus sentiasa peka dan perhatikan tahap kebersihan penjual. Jauhi penjual yang tidak memakai apron, merokok dan mempunyai persekitaran yang kotor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI