fbpx

Peniaga jujur, ganti tepung pelita hancur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga tepung pelita di bazar ramadan Kluang, Johor yang sanggup membayar ganti rugi kepada pengguna.

PETALING JAYA – Seorang peniaga tepung pelita sanggup membayar ganti rugi kepada pelanggan yang terbeli makanan itu yang sudah hancur isinya.

Melalui hantaran di media sosialnya, peniaga di bazar Ramadan Kluang, Johor itu meminta pelanggan untuk menghubunginya bagi menuntut semula ganti rugi tepung pelita yang sudah hancur.

“Assalammualaikum, kepada pembeli yang beli tepung pelita dari kami pada 3.4.2023, sila hubungi kami sekiranya tepung pelita anda hancur dan berderai untuk kami ganti rugi,” katanya.

Bukan itu sahaja, dia juga turut berterima kasih kepada pelanggan yang telah membuat laporan kepadanya supaya dia lebih prihatin dan memperbaiki kualiti makanannya itu.

“Kami akan sentiasa menambah baik kualiti produk kami. Terima kasih atas maklum balas semua,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa terharu dengan sikap jujur yang ditunjukkan penjual dan mendoakan supaya dia dimurahkan rezeki sentiasa.

“Terima kasih atas kejujuran tuan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan rezeki. Terbaik,”kata Agus Ishak.

Ada juga yang memuji keenakan tepung pelita yang dijual olehnya walaupun hancur.

“Sedut terus, tak perlu pakai sudu. Ramai kata sedap, balik Kluang nanti nak singgah,” komen Zuraidah.

“Tepung pelita dekat sini memang sedap, baru beli semalam cuma lembut sikit. Tapi rasa memang ‘ngam’. Atas masin lemak bawah manis,”komen pengguna Ain Omar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI