fbpx

Pemuda Korea Selatan tipu diculik demi kekasih Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis terpaksa pergi ke sebuah rumah di Pattaya untuk menyelamatkan Kim Hyeongil baru-baru ini. - Foto The Pattaya News

PATTAYA – Seorang pemuda Korea Selatan yang tinggal di Pattaya berbohong kepada ibu bapa di negara asalnya bahawa dia diculik tetapi sebenarnya mahu mendapatkan wang untuk menjaga teman wanitanya yang merupakan warga Thailand, lapor portal berita The Pattaya News semalam.

Pada mulanya, polis datang untuk ‘menyelamatkan mangsa’ tetapi terpaksa menahannya kerana dia tinggal lebih masa daripada yang ditetapkan dalam visanya.

Ibu bapa Kim Hyeongil, 24, melaporkan kepada Kedutaan Korea Selatan di Thailand dan memberitahu bahawa anak mereka diculik sebelum dia hendak menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok untuk pulang ke tanah air. 

Hyeongil tiba-tiba terputus hubungan dengan ibu bapanya, menyebabkan mereka bimbang dan segera menghubungi pihak kedutaan untuk mendapatkan bantuan.

Polis Pattaya pergi memeriksa rumah sewa pemuda tersebut di Pattaya dan tanpa diduga, anggota-anggota pihak berkuasa mendapati dia sedang berehat di dalam rumah. 

Apabila  melihat anggota-anggota polis itu, anak muda tersebut melarikan diri dan bersembunyi di sebuah padang terbiar di belakang rumah sewanya. 

Anggota-anggota polis kemudian menangkap suspek dan membawanya untuk disoal siasat di Pejabat Imigresen Chonburi.

Menurut polis, Hyeongil mengaku bahawa dia tidak diculik mahupun diseksa dan hanya mahu ibu bapanya mengirimkan wang supaya dia boleh menjaga teman wanita yang tinggal bersamanya di rumah itu.

Dia mendakwa terpaksa memalsukan penculikannya kerana ibu bapanya tidak memberinya wang walaupun dia telah meminta berulang kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI