fbpx

Pemain dalam industri vape sedia berbincang dengan KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Industri masih tidak jelas dengan hala tuju kerajaan yang bakal ditetapkan bagi mengawal selia industri tersebut. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) menyeru Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melibatkan industri dalam perbincangan membangunkan peraturan dan butiran dalam kawal selia.

Minggu lalu, kerajaan telah mengambil langkah pertama untuk mengawal selia industri vape dengan mengecualikan cecair dan gel vape yang mengandungi nikotin daripada Akta Racun dan mengenakan cukai ke atas produk tersebut. 

Presiden MVIA, Rizani Zakaria berkata, industri menyokong langkah untuk mengawal selia industri vape dan berkata libat urus dengan pemain industri adalah amat penting kerana peraturan ini bakal dilaksanakan ke atas industri dan butiran dalam peraturan harus dibincangkan bersama semua pihak.

“Industri menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengambil langkah dalam mengawal selia industri vape. Langkah seterusnya adalah untuk memperkenalkan peraturan serta butiran untuk mengawal selia industri ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Sebelum ini, apabila kerajaan membentangkan RUU Kawalan Tembakau dan Merokok yang membawa dasar penamat generasi (GEG), tentangan hebat telah diberikan bukan sahaja daripada industri tetapi daripadai pakar ekonomi, ilmuan, pakar kesihatan dan ahli parlimen.

“Oleh yang demikian, kali ini, kerajaan perlu membuat perbincangan dengan industri dan mengambil kira pandangan daripada semua pihak untuk memastikan peraturan yang bakal diperkenalkan adalah sesuai untuk dilaksanakan,” jelas  Rizani.

Tambah beliau, sejak penubuhan Kerajaan Madani ini, industri dan KKM tidak berpeluang untuk membuat sebarang perbincangan dan industri tidak jelas dengan hala tuju yang bakal ditetapkan untuk industri vape dan produk.

“Sehingga kini, kami tiada sebarang perbincangan serta makluman berkenaan butiran kawal selia yang bakal diperkenalkan.

“ Industri tiada butiran yang jelas dalam kadar nikotin yang dibenarkan, bahan-bahan yang terlarang dalam cecair dan gel vape, serta spesifikasi produk yang dibenarkan untuk jualan dan pemasaran.

“Dan perkara ini tidak boleh ditangguhkan lagi. Perbincangan harus diadakan sekarang supaya keputusan tidak dibuat terburu-buru yang akan memberikan impak dan kesan kepada pemain industri,” jelasnya.

Tambah Rizani, pihak industri sedia berbincang dengan KKM untuk mencari penyelesaian dalam perkara berkenaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI