fbpx

Liga Super: KDA FC tewaskan Penang FC 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE Tuck mengawal bola daripada dirampas pemain Penang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. - IHSAN KDA FC

ALOR SETAR – Beraksi dengan 10 pemain selama lebih 30 minit tidak menghalang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk melunaskan ‘dendam’ apabila berjaya menundukkan Penang FC 1-0 di Stadium Darul Aman di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu terhasil menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, Willian Lira yang banyak menerima kecaman peminat sebelum ini akibat ketandusan jaringan dalam beberapa perlawanan, pada minit ke-64.

Dalam perlawanan itu, pasukan pelawat terlebih dahulu mendatangkan ancaman kepada tuan rumah seawal minit kedua apabila pertahanan kanan Sang Kenari, Mohamad Heshamudin Ahmad menjatuhkan pemain tengah Penang FC betul-betul di luar kotak penalti.

Memasuki babak kedua, penyokong tuan rumah dikejutkan dengan insiden pada minit ke-53 apabila pertahanan kanan mereka, Wan Amirul Afiq Wan Ab. Rahman, diperintah keluar padang oleh pengadil, Mohd. Hasrol Mohd. Amir apabila dia mengutip kad kuning kedua, kerana didakwa sengaja menyentuh bola dengan tangan.

Kekurangan seorang pemain bagaimanapun tampak tidak merencacatkan permainan tuan rumah dengan mereka tetap berjaya merencana serangan pada minit ke-64 apabila sepakan penjuru diambil Manuel Hidalgo singgah tepat ke kakinya dalam kotak penalti lawan.

Tanpa menunggu lama, Lira melepaskan rembatan leret yang gagal ditampan kemas penjaga gol Penang FC, Muhammad Azfar Arif Mohd. Sukri untuk gol pertama perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI