fbpx

Lesung pipit jadi bisul bernanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi di lama Facebook Public Health Malaysia.

PETALING JAYA – Seorang wanita berusia 27 tahun mengalami bisul di kedua-dua belah pipi selepas menjalani pembedahan pembentukan lesung pipit baru-baru ini.

Menurut perkongsian oleh Publih Health Malaysia, doktor mengeluarkan nanah di pipi wanita berkenaan secara bius setempat.

Wanita berkenaan berjaya sembuh dalam masa tiga minggu, namun parut kesan daripada rawatan dan bisul itu kekal pada pipinya.

Tambah Public Health Malaysia, komplikasi lain seperti jangkitan kuman dan saraf muka tercedera antara risiko yang boleh dihadapi oleh seseorang yang menjalani pembedahan lesung pipit tanpa mengikuti prosedur yang sebenar.

“Pembedahan lesung pipit selalunya selamat jika dilakukan oleh doktor profesional bertauliah,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata orang ramai berasa terkejut dan takut melihat pipi wanita berkenaan dan turut menasihati supaya jangan mudah terpengaruh dengan ‘beauty trend’ berbahaya seperti ini.

“Nak sangat kecacatan comel, sudahnya jadi kecacatan kekal. Sedihnya,” komen SuzyAziz.

“Semua perlu ada tauliah, nak vitamin C, Botox, besarkan bibir dan cuci luka harian pun kena ada ilmu asa, bukan main terjah,” komen Muzukashii.

Tidak kurang juga, ada orang ramai yang berseloroh berkenaan lesung pipit wanita berkenaan.

“Nak sangat lesung pipit ‘fake’ sudahnya jadi lesung batu,” komen Hagemaru.

Pekongsian itu dikongsikan oleh salah satu portal di Twitter menarik minat orang ramai sehingga menjadi tular dan mendapat 226,000 tontonan, 903 ulang ciap dan 746 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI