fbpx

Lelaki simpan lebih 5,000 akhbar dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbunan surat khabar itu menghalang pasukan Cole untuk memasuki rumah berkenaan. - Kennedy News and Media

LONDON – Seorang lelaki di Britain terpaksa tidur di dalam kereta kerana rumahnya dipenuhi surat khabar yang menimbun di dalam beberapa buah bilik di kediaman tersebut , lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Sepasukan lima tukang cuci profesional mengambil masa selama sejam untuk memasuki pintu rumah berkenaan di bandar Brighton kerana dihalang oleh lebih 5,000 surat khabar.

Tukang cuci profesional, Joe Cole, 43, daripada syarikat pembersihan JGD Pro Solutions turut dipanggil untuk membantu lelaki tersebut membersihkan rumahnya.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu yang ditimbun sebanyak ini di dalam rumah. Kami sukar bergerak kerana surat khabar.

“Kami memberitahu pemilik rumah untuk mula mengitar semula surat khabarnya tetapi dia mula mengumpulnya semula,” kata Cole.

Bersama empat pekerja lain, Cole membantu lelaki yang terpaksa tidur di dalam keretanya kerana sukar bergerak di dalam rumah.

Pasukan itu memenuhi van mereka dengan lebih 5,000 surat khabar dan membelanjakan £1,000 (RM5,491) untuk melupuskannya.

Selain surat khabar, lelaki itu turut mengumpul lebih 300 pasang stoking di dalam rumahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI