fbpx

Lelaki miliki 13 rekod jenayah dicekup edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD Shuhaily (tengah) ketika sidang akhbar tangkapan dan rampasan dadah di IPK Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang penagih tegar yang memiliki 13 rekod jenayah lampau bagaikan tidak serik apabila dia sekali lagi ditahan polis Isnin lalu di Air Itam selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran bahan terlarang itu.

Suspek lelaki tempatan berusia 52 tahun tersebut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah sejak tahun 2014 dan kali terakhir suspek ditahan adalah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 pada 2019 di Batu Gajah, Perak.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) telah melancarkan operasi terancang berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan Pulau Pinang.

“Dalam operasi ini, polis menahan suspek berusia 52 tahun di kawasan parkir apartment di Air Itam kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Suspek ditahan ketika sedang berada di atas motosikal serta dipercayai sedang dalam persiapan untuk menjual dadah kepada pelanggan.

“Menerusi serbuan pertama ini, polis merampas 100 keping aluminium foil mengandungi 1,000 biji dadah jenis Eramin 5 seberat 280 gram bernilai RM8,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurutnya, susulan penahanan suspek, polis telah menyerbu sebuah rumah di Jelutong pada pukul 4 petang hari yang sama dan merampas pelbagai jenis dadah yang disimpan di situ.

“Antara dadah yang dirampas menerusi serbuan kedua ini ialah 87 paket dadah jenis syabu seberat 4.50 kilogram bernilai RM148,566, sembilan paket dadah jenis heroin seberat 982 gram bernilai RM4,075, 85 keping aluminium foil mengandungi 850 biji dadah Erimin 5 seberat 238 gram bernilai RM6,800.

“Selain itu, turut dirampas adalah lapan paket mengandungi dadah ganja dan 37 batang rokok berisi ganja seberat 43.3 gram bernilai RM1,948, 1,400 biji mengandungi dadah jenis ekstasi bernilai RM30,800, 800 biji pil jenis WY seberat 80 gram bernilai RM8,800, 29 paket plastik mengandungi dadah jenis serbuk MDMA bernilai RM5,800 dan 100 paket plastik dadah jenis ketamin bernilai RM13,125,” jelasnya.

Beliau memberitahu, hasil risikan mendapati, aktiviti pengedaran dadah itu telah bergiat aktif sejak awal tahun ini untuk pasaran tempatan terutama kepada penagih dadah tegar dan juga pengguna di kelab-kelab malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI