fbpx

Laporan polis isu klip video, Aliff serahkan kepada peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menyerahkan isu laporan polis yang dibuat sebuah persatuan terhadap sedutan muzik video lagu rayanya berjudul Cak Kun Cak Raya kepada peguam.

Katanya, kesibukan menguruskan isteri dan  cahaya mata keenam yang baru dilahirkan membuatkannya tidak dapat memberikan maklum balas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

“Saya minta maaf kerana tidak boleh bagi komen lebih. Sekarang saya sedang sibuk dengan urusan keluarga. Isteri saya baru sahaja melahirkan anak keenam kami.

“Mengenai laporan polis itu, saya serahkan kepada peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Persatuan Konsortium Industri Rakaman Malaysia (Irama) mengajukan satu laporan terhadap video klip berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kelmarin.

Presidennya, Ayob Abdul Majid berkata, persalinan serta aksi ditunjukkan dalam klip berkenaan bukan sahaja melanggar budaya dan tatasusila masyarakat, malah menghina kemuliaan bulan Ramadan.

Penampilan ahli perniagaan itu bersama lima penari yang berpakaian baju Melayu ketat juga disifatkan terkinja-kinja serta tidak sopan untuk dipertontonkan kepada umum.

Pihak polis turut meminta Irama merujukkan laporan berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Aliff, 36, sebelum ini berkata, klip video yang dihasilkan seperti masalah kerana bukan menunjukkan dirinya berbogel atau melakukan aksi mencolok mata.

Untuk rekod, Aliff pernah dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) susulan video muzik yang dihasilkan sempena Syawal berjudul Kelepok Raya, tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI