fbpx

Keputusan representasi pengasas Crackhouse gugur pertuduhan 31 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizal

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 31 Mei bagi keputusan representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel untuk menggugurkan tiga pertuduhan memuat naik video menyentuh isu sensitiviti perkauman yang dihadapinya.

Hakim N. Priscilla turut menetapkan perbicaraan didengar pada 1 dan 2 Jun jika representasi itu ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Hari ini sepatutnya ditetapkan bagi sebutan untuk pemfailan pernyataan saksi.

Sementara itu, peguam M. Pravin memaklumkan, representasi kedua yang baru diserahkan hari ini mengandungi perkembangan baharu yang sangat penting dalam usaha menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya.

Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon tarikh perbicaraan ditangguhkan sehingga Jun sementara menunggu keputusan representasi.

Sehubungan itu, tarikh perbicaraan pada 14 April dan 2,3 serta 22 Mei ini dilapangkan oleh mahkamah sementara menunggu keputusan representasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI