fbpx

Jualan Proton naik 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saga merekodkan jualan 17,446 unit, peningkatan sebanyak 84.6 peratus berbanding tahun lalu.

PETALING JAYA – Jenama kereta nasional, Proton merekodkan pertumbuhan jualan sebanyak 50.9 peratus kepada 40,287 unit kenderaan bagi tempoh suku tahun pertama 2023, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Penguasaan pasaran dianggarkan sebanyak 21.2 peratus, iaitu 4.5 peratus lebih tinggi berbanding 2022.

Tiga model Proton mendahului segmen masing-masing dengan Persona kekal sebagai sedan segmen B paling laris, X50 merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B paling laris manakala Exora adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen C terlaris dijual.

Sementara model Proton paling popular ialah Saga, yang merekodkan jualan 17,446 unit, peningkatan sebanyak 84.6 peratus berbanding tahun lalu, ketika pengeluarannya terganggu akibat banjir besar.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton, Roslan Abdullah berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian jualan melebihi 40,000 unit bagi tempoh tiga bulan pertama 2023, meskipun sedar peningkatan tersebut disebabkan semua jenama kenderaan sedang bergegas untuk menghantar kereta yang ditempah semasa insentif Penjana.

Roslan Abdullah

Jelasnya, tarikh akhir penghantaran adalah 31 Mac 2023 dan ini membantu menerangkan kenapa Jumlah keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan mencecah 78,000 unit pada Mac lalu.

“Gambaran sentimen pasaran yang lebih tepat mungkin akan muncul pada akhir suku kedua, tetapi kami yakin mampu mengekalkan momentum jualan.

“Proton X90 akan dilancarkan tidak lama lagi dan kami juga akan ada penambahan ke barisan model lewat tahun ini.

“Pada masa yang sama, kami telah mengumumkan komitmen untuk mengembangkan barisan model Kenderaan Tenaga Baru (NEV) yang mampu membawa jenama Proton ke segmen yang baru untuk pertumbuhan jualan jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI