fbpx

Inisiatif tenaga diperbaharui diperluas kepada pengangkutan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loke ketika bergambar kenangan ketika hadir membuat lawatan ke depoh selepas Pelancaran Program Tenaga Boleh Diperbaharui ERL di Kompleks ERL Air-Rail di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Kementerian Pengangkutan (MOT) menyokong penuh inisiatif memperluas program tenaga diperbaharui di semua operator pengangkutan awam dan pelabuhan di seluruh negara.

Menterinya, Anthony Loke berkata, beliau difahamkan beberapa operator pengangkutan awam sudah melaksanakan inisiatif berkenaan.

Beliau berkata, inisiatif ini adalah baik untuk kemampanan tenaga diperbaharui dan ia akan diperluaskan ke stesen-stesen pengangkutan awam di seluruh negara.

“Inisiatif ini sesuai dilaksanakan bagi sektor pengangkutan rel kerana banyak bumbung di atas stesen boleh digunakan untuk pasang panel solar.

“Dasar ini akan diperluaskan kepada operator seperti Prasarana, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan ada perancangan juga untuk dipasang pada stesen MRT dan LRT untuk di sekitar Lembah Kelang,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Tenaga Diperbaharui Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya tidak meletakkan jangka masa bila inisiatif itu akan diperluas dan dilaksanakan kerana ia bergantung kepada operator pengangkutan masing-masing.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI