fbpx

K2

Hukum menyentuh makanan tidak halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jika tersentuh makanan tidak halal, maka kawasan yang menyentuhnya dianggap sebagai najis dan perlu segera disertu. – Gambar hiasan

Apakah hukum menyentuh makanan tidak halal yang diragui mengandungi babi? Adakah perlu sertu jika terdapat bau sahaja di tangan tetapi tidak mempunyai kesan seperti minyak atau sisa makanan itu? Saya ragu-ragu kerana sewaktu melakukan penghantaran makanan tidak halal, saya dapati terdapat bau makanan tersebut di jari?

JAWAPAN: Secara umumnya, kita mengetahui bahawa anjing dan babi termasuk dalam kategori najis mughallazah.

Firman Allah SWT, “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya).” (Surah al-Maidah: 3)
Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan di dalam tafsirnya bahawa pengharaman babi itu meliputi semua bahagiannya sehingga pada lemak dan kulitnya. Ada pun dikhususkan dengan menyebut dagingnya kerana ia merupakan tujuan yang terpenting (iaitu untuk dimakan).

Sesungguhnya syarak telah melarang untuk mengambil manfaat daripada semua bahagian babi berdasarkan firman Allah SWT, “Atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor.” (Surah al-An’am: 145)

Makanan yang telah bercampur dengan najis berat seperti anjing atau babi, sajian itu dihukum sebagai najis berat.

Jika seseorang tersentuh makanan tadi yang telah bercampur dengan najis, maka kawasan tersebut dihukum najis sehinggalah berlaku proses sertu.

Bagaimanapun, jika makanan itu diragui mempunyai kandungan babi atau najis berat yang lain, maka ia tidak dihukum sebagai najis berat berdasarkan kaedah, “Hukum tidak akan terbina ke atas perkara syak.” (Rujuk Al-Bahr Al-Muhit, jld. 1, hlm. 110)

Kesimpulannya, tidak perlu disertu pada anggota yang hanya syak padanya terkena najis berat, cukup sekadar basuh dengan air mutlak demi menghilangkan rasa ragu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI