fbpx

Harap Allah lembutkan saya tarik balik saman Farid – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUAT masa ini tegas Syamsul, dia masih meneruskan saman terhadap Farid Kamil susulan perkongsian InstaStory pelakon itu menyindir dirinya pernah memukul seorang wanita bernama Diana.

KUALA LUMPUR – Pengarah popular, Syamsul Yusof sedia mempertimbangkan kemungkinan menarik balik saman yang dikemukakan terhadap pelakon Farid Kamil.

Pengarah filem Mat Kilau itu bagaimanapun menegaskan setakat ini saman itu tetap diteruskan.

“Saya berharap Allah lembutkan hati saya untuk menarik balik saman. Buat masa ini saman itu masih diteruskan.

“Ini bukan soal siapa menang siapa kalah tetapi tindakan ini diambil ada orang mengganggu dan berkata buruk tentang kita.

“Saya seorang yang sukakan keamanan dan tidak mahu ada sebarang isu dengan rakan artis kerana satu bidang.

“Apa tindakan anda kalau ada orang ganggu dan kutuk anda dalam media sosial. Saya tidak mahu berterusan berbalas kenyataan seperti budak-budak,” kata Syamsul yang ditemui selepas sebutan pertama kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Sebelum itu, Syamsul juga sempat mengulas mengenai perceraian dalam kalangan selebriti pada masa kini yang dilihat sudah menjadi seperti trend.

“Saya berharap semua orang doakan yang terbaik bukan sahaja untuk saya tetapi juga rakan artis yang lain.

“Isu ini (rumah tangga) sudah nampak seperti trend, tetapi ini bukan perkara main-main. Kehidupan peribadi, realitinya tidak semudah dan disangka.

“Doakan kami semua, tetapi saman tetap saman,” ujar Syamsul.

Syamsul memgambil tindakan undang-undang selepas Farid Kamil dipercayai menyindirnya apabila mendakwa dirinya pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada sebarang tindakan diambil.

‘Diana’ yang disebutkan dalam Insta Story Farid dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.

Ironinya, Farid dan Diana juga berhadapan dengan kemelut rumah tangga bahkan kini dalam proses perceraian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI