PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia, pada pukul 8.32 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, gempa 5.4 skala Richter tersebut berlaku di 0.7 darjah Selatan dan 122.2 darjah Timur.
“Kejadian gempa itu berlaku di 164 kilometer (km) Barat Daya dari Gorontalo, Indonesia dengan kedalaman 4 km.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE