fbpx

Dua lelaki Bangladesh maut dihempap jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lelaki warga Bangladesh yang maut akibat dihempap jengkaut yang terbalik dalam kejadian di kawasan kuari dekat Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh semalam.- Foto IHSAN JBPM PERAK

IPOH – Dua lelaki warga Bangladesh maut apabila jengkaut yang dipandu terbalik selepas tergelincir dari tebing di kawasan kuari dekat Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 7 petang itu menyebabkan pemandu jengkaut berusia 25 tahun dan seorang mangsa yang belum dikenal pasti identiti maut akibat dihempap jentera tersebut.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Bomba dengan dibantu jengkaut pihak kuari berjaya membawa keluar mayat kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Mangsa berusia 25 tahun yang juga pekerja kuari dijumpai tersepit di bingkai kokpit manakala seorang lagi mangsa yang bukan pekerja kuari dijumpai di bahagian kokpit dan dipercayai memandu jentera berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam insiden tersebut.

Katanya, butiran mangsa pertama dapat dikenal pasti kerana memiliki kad pekerja dan pasport tetapi identiti mangsa kedua gagal dikesan kerana pihak kuari mendakwa mangsa bukan pekerjanya.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan identiti mangsa kedua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI