fbpx

Aneka menu signatur setiap negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELBAGAI hidangan popular di setiap negeri ditawarkan di The Westin Kuala Lumpur sepanjang Ramadan ini.

BERKONSEPKAN Cita Rasa Anak Kampung, The Westin Kuala Lumpur mempersembahkan sajian sentuhan tujuh cef dari pelbagai negeri untuk pelanggan bufet Ramadan pada tahun ini.

Terletak di The Living Room, tingkat UG, hidangan bufet penuh nikmat tersebut boleh didapati sehingga 19 April ini.

Pelanggan disyorkan untuk mencuba sup kambing merah berempah (lamb gearbox) yang menjadi signatur Cef Syeriff Hafizal dari Tebrau, Johor Bahru.

“Sup tulang merah sememangnya sinonim dengan zaman kanak-kanak saya. Untuk bufet kali ini, saya cuba ‘twist’ sedikit dengan meletakkan gearbox kambing ke dalam hidangan berbanding gearbox lembu.

“Kambing ini direbus selama enam hingga 10 jam untuk mendapatkan keempukan yang sempurna, sebelum dihidang kepada pelanggan,” katanya.

Selain masakan Johor, terdapat juga aneka makanan signatur dari negeri-negeri lain seperti kerabu perut bunga kantan (Perak), masak lemak cili api (Negeri Sembilan), salmon bakar Portugis (Melaka), kambing golek nasi beriani (Selangor), ayam opor (Pahang) dan ayam kampung pedas (Selangor).

Kesemua masakan tersebut disediakan oleh Cef Hamid Buyong, Cef Hafizi, Cef Iqbal, Cef Firdaus Atan, Cef Emy Fairuz dan Cef Sheikh Muzaffar.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati masakan Cina, pastri, aneka mi dan pencuci mulut.

Pakej berbuka puasa ini ditawarkan pada RM208 untuk dewasa dan RM 104 bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Maklumat lanjut boleh didapati di www.thewestinkualalumpur.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI