fbpx

Ainul Mardhiah alami banyak trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini Ainul Mardhiah yang dikongsikan bapanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

PETALING JAYA – “Banyak benda yang Ainul trauma. Paling trauma mulut dia.”

Demikian perkongsian Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 28, apabila memaklumkan keadaan terkini anak sulungnya, Ainul Mardhiah, 5, menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Dia paling marah bila orang usik atau masuk sesuatu dalam mulut. Tapi sekarang alhamdulillah, nampak dia dah mula terima bila ada sesuatu masuk mulut,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Safiuddin turut menceritakan situasi anak perempuannya itu setiap kali perlu mendapatkan pemeriksaan di hospital.

“Dia dah tahu tempat, dah tahu masuk bilik tu confirm (pasti) kena cucuk. Sebelum nama kena panggil, dia dah menangis dulu tak nak masuk.

“Tangan Ainul halus. Kalau yang tak biasa pegang Ainul, memang tiga empat kali try (cuba).

“Tapi Acik Misi (jururawat) kat Daycare ini memang dah expert (mahir). Mana tidaknya, sejak Ainul kecil lagi Acik Misi dah pegang Ainul. Cucuk sekali je terus dapat dalam dua minit siap,” kongsinya.

Tambahnya, Ainul Mardhiah perlu melakukan ujian darah setiap dua bulan bagi melihat perkembangan kesihatannya.

“Memang setiap dua bulan kena buat ujian darah. Dia dah biasa kena cucuk.

“Ainul menangis sekejap je. Keluar je bilik rawatan, dia sambung main balik,” ujarnya.

Terdahulu, Ahmad Safiuddin memaklumkan anak sulungnya itu masih dalam pemantauan pakar selepas tiub pernafasan pada lehernya dibuka.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai mendoakan kanak-kanak berkenaan terus diberikan kesihatan yang baik selain diangkat segala penyakit oleh Allah SWT. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI