PETALING JAYA – Sunway Property telah memeterai memorandum persefahaman dengan Alliance Bank untuk membolehkan para pembeli hartanah mendapatkan pembiayaan gadai janji bagi projek hartanah berkonsepkan hijau yang dibangunkan kumpulan pemaju utama itu.
Melalui kerjasama tersebut, pembeli rumah juga menikmati kadar faedah yang rendah dan memperoleh kelulusan pantas untuk mendapatkan pembiayaan akhir.
Sunway Property adalah pemaju pertama yang bekerjasama dengan Alliance Bank untuk tujuan ke arah kelestarian.
Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah berkata, sebagai pemaju komuniti utama, dalam usaha kami mempromosikan gaya hidup sihat, mampan dan holistik, kami telah menerima pakai Rekaan Sunway dan Pembangunan Arkitek (SDDA) sebagai panduan falsafah untuk semua pembangunan produk signatur di seluruh negara.
“Pembeli hartanah siri Sunway Property Signatur akan memberi akses kepada pilihan pembiayaan lestari apabila mereka membeli projek hartanah berkonsepkan hijau di seluruh Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Ipoh,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. -KOSMO!ONLINE