fbpx

Tidak jemput ke LIMA’23, saya datang bawa teropong – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan akan tetap menghadiri Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) sama ada dijemput atau tidak oleh Kerajaan Persekutuan.

Muhammad Sanusi memberitahu, beliau tidak kisah sekiranya perlu menghadiri acara itu sebagai pengunjung biasa apatah lagi semua persediaan termasuk penginapan dan pengangkutan sudah disiapkan lebih awal.

“Kalau tidak jemput pun saya akan bawa teropong pergi duduk di tepi pagar lapangan terbang. Kita tengok kapal laut, kapal terbang sebagai pengunjung, takkan (itu) mereka nak halau, lagipun tepi pagar itu pun ada orang jual laksa.

“Kalau tidak dijemput (Kerajaan Persekutuan) saya akan hadir sebagai pengunjung. Saya akan hadir sebab hotel semua saya sudah tempah awal sebab (LIMA’23) itu besar. Kalau tempah lambat hotel tak ada,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Muhammad Sanusi pada minggu lalu mendakwa beliau dilarang menyertai sebarang majlis anjuran Kerajaan Persekutuan termasuk menghadiri LIMA’23 yang berlangsung 23 hingga 27 Mei depan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari baru-baru ini bagaimanapun, menegaskan Kerajaan Persekutuan tiada sebarang larangan untuk Menteri Besar itu menghadiri acara berkenaan.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, pihaknya tetap beranggapan bahawa terdapat larangan untuk beliau menghadiri program atau acara Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

“Cuma kerana takut menjadi kecaman maka mereka buat-buat macam tak ada lah sebab pegawai saya tengok (surat pekeliling) itu.

“Benda itu ada tapi oleh kerana benda itu sulit orang susah nak dapat jadi dia pun kata lah tak ada, tak apalah tak ada pun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI