SEMPENA hari lahir yang ke-34, penyanyi Taeyeon menaiki kereta api bawah tanah untuk melihat iklannya yang dibeli oleh peminat.
Lebih mengejutkan apabila orang ramai tidak mengenali sosok Taeyeon semasa berada di khalayak ramai.
“Orang ramai yang berada di sana tidak mengenali saya.
“Jadi, kejadian ini membuatkan saya lebih selesa untuk menaiki kereta api bawah tanah.
“Saya perlu buat lebih kerap selepas ini kerana kebanyakan mereka lebih gemar melihat telefon dan ke luar tingkap,” katanya sambil tertawa.