fbpx

Stellini berang Spurs gagal manfaat peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE meraikan jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi EPL antara Everton dan Tottenham Hotspur di Goodison Park awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus sementara Tottenham Hotspur, Cristian Stellini berang selepas mereka sekadar mencatat ke­putusan seri 1-1 ketika menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goo­dison Park awal pagi semalam.

Meskipun berdepan Everton yang beraksi dengan 10 pemain hampir 30 minit selepas Abdoulaye Doucoure dilayangkan kad merah pada minit ke-58, namun Spurs gagal menggunakan kelebihan tersebut.

Pada perlawanan itu, Spurs terlebih dahulu menda­hului perlawanan 1-0 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan penyerang, Harry Kane pada minit ke-68 sebelum Michael Keane menyamakan kedudukan di hujung perlawanan menerusi percubaan luar kotak penalti.

“Selepas Everton dilayangkan kad merah, kami gagal menggunakan kesempatan sebaiknya untuk mendominasi permainan. Saya dapat lihat kami masih gopoh ketika me­lakukan serangan dan ia perlu diperbaiki.

“Sepatutnya 11 pemain perlu mengawal permainan lebih baik berbanding pasukan yang beraksi dengan 10 pemain, namun saya tahu bukan mudah untuk bermain di sini berdepan penyokong mereka,” katanya.

Beliau turut mengakui la­yangan kad merah yang diberikan kepada Doucoure serta pemainnya, Lucas Moura adalah keputusan tepat memandangkan kedua-dua pemain melakukan kesalahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI