fbpx

Siti Nurhaliza ‘sahkan’ Aliff Syukri penyanyi nombor 1 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza (kiri) dan Aliff Syukri

PETALING JAYA – Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ‘mengesahkan’ Datuk Aliff Syukri memegang status sebagai penyanyi nombor satu negara, sekali gus nama beliau kini berada di ‘belakang’ usahawan kosmetik tersebut.

Perkara itu ‘diakui’ oleh Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti sewaktu membalas komen Aliff Syukri secara berseloroh pada Instagram beliau.

Tangkap layar kiriman balas Tokti di ruangan komen Aliff Syukri di Instagram beliau baru-baru ini.

“Cantiknya awak idola saya. Awak kenal tak saya artis nombor satu ni,” kata Aliff Syukri meninggalkan komen pada video promosi tudung dimuat naik Siti Nurhaliza.

Dalam masa sama, Siti Nurhaliza turut melayan mesra komen tersebut dengan ‘mengakui’ Aliff Syukri adalah penyanyi nombor satu.

“Mestilah kenal awak penyanyi nombor satu. Saya di belakang awak ya,” ujar beliau.

Sementara itu, pengikut Siti Nurhaliza turut meninggalkan komen terhibur maklum balas tersebut.

“Tokti terpaksa puji Datuk, tak nak Datuk kecil hati, Datuk jangan perasan sangat ya,” kata pengguna media sosial miyamustafa.14 secara berjenaka.

“Kak Iti layankan sajalah, sebab kita orang tahu siapa yang nombor satu menyanyi dulu dan legenda. Tak layan nanti kecil hati,” seloroh merowl. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI