fbpx

[VIDEO] Saya takkan berhenti cari isteri, anak – Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID tetap dengan pendirian mahu mahu mempertahankan rumah tangganya.

SHAH ALAM – “11 tahun kita sudah mengharungi pelbagai rintangan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT.”

Demikian harapan menggunung pelakon Farid Kamil yang enggan mengalah mempertahankan rumah tangganya dengan isteri Diana Danielle.

Berasakan masih ada sinar di hujung jalan, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari memanjatkan doa agar rumah tangganya dengan Diana, 32, kembali tenang seperti biasa.

“Harapan saya letak kepada Allah supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa.

“Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada bulan Ramadan ini, banyak limitasi di samping saya sibuk dengan kerjaya sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Farid ditemui usai sebutan sebutan kali pertama hadanah dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan diri sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Terdahulu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada pada 10 Mac lalu.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Beberapa hari sebelum melantik JKP, pada 24 Mac. Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI