fbpx

Rumah tangga Ria Ricis, Teuku Ryan berantakan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIA RICIS dan Teuku Ryan kini dikatakan dengan berdepan konflik.

PASANGAN Ria Ricis dan Teuku Ryan antara selebriti Indonesia yang sering berkongsi kebahagiaan dalam media sosial.

Namun baru-baru ini, ada khabar angin mendakwa hubungan pasangan itu dilanda badai gara-gara Ricis hanya dilihat bercuti bersama bayinya.

Ketiadaan suaminya semasa percutian telah menimbulkan spekulasi bahawa rumah tangga mereka sedang berantakan.

Lebih menguatkan khabar angin, Ryan juga jarang berkongsi gambar mesra mereka seperti kebiasaan dalam media sosial.

Selain itu, Ricis turut memuat naik swafoto memperlihatkan matanya yang bengkak dengan kapsyen ‘yang faham komen di bawah’.

Rata-rata netizen mula memberi kata-kata semangat untuk Ricis tabah menjalani hari-harinya sebagai seorang ibu.

Sehingga kini, kedua-dua selebriti itu belum memberi sebarang kenyataan mengenai khabar angin itu yang sedang tular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI