fbpx

Ribut petir di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan melibatkan tujuh negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

“Di Kedah, ia melibatkan daerah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah serta Seberang Perai Selatan.

“Bagi negeri Perak, ia melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar, manakala di Kelantan ia membabitkan kawasan sekitar Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai serta Gua Musang,”ujarnya.

Ujar MetMalaysia, amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Terengganu melibatkan daerah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang pula, ia membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan serta di Sarawak melibatkan daerah Limbang.

“Amaran ribut petir yang membawa hujan lebat dan angin kencang ini dijangka berterusan sehingga pukul 7 petang,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI