fbpx

Piranha di Aquaria KLCC mati ekoran cara ‘tag’ silap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas FRI menunjukkan cara betul penandaan piranha yang dipelihara di Aquaria KLCC.

PUTRAJAYA – Misteri kematian banyak ikan piranha di Aquaria KLCC akibat kesilapan cara ‘tag’ atau penandaan akhirnya berjaya diatasi oleh Institut Penyelidikan Perikanan (FRI).

Menurut sumber Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), sebelum ini spesies ikan air tawar berbahaya tersebut maut ketika ditanda kru akuarium itu sendiri.

“Susulan berlaku banyak kes kematian piranha setelah ditanda petugas syarikat Aquawalk Sdn. Bhd. di situ, pihak FRI diminta untuk membantu menjalankan ujian.

“FRI kemudian menerima permohonan daripada Pejabat DOF Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memberikan perkhidmatan nasihat penandaan ikan ganas itu,” katanya.

Tambahnya lagi, aktiviti berkenaan bertujuan untuk proses pembaharuan Sijil Kebenaran Premis 3M Ikan Larangan oleh syarikat itu kerana piranha adalah spesies ikan pendatang asing.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, Pengarah Kanan FRI, Dr. Azhar Hamzah telah dipanggil untuk berkongsi kemahiran dan kepakarannya dalam aspek penandaan ikan liar berkenaan.

“Aktiviti ini telah berjaya dijalankan dengan lancar di Aquawalk KLCC menerusi kaedah penggunaan penandaan yang terkini ‘Passive Integrated Transponder’,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI