fbpx

Penternak lembu rasa dipinggir kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSLI memberi makanan kepada lembunya di Benut Agro Farm di Kampung Parit Selangor, Benut, Pontian semalam.

PONTIAN – Kerajaan diminta memperkenalkan konsep Payung Rahmah kepada golongan penternak agar mereka tidak terpinggir atau ketinggalan dalam menerima bantuan seperti sektor lain.

Seorang penternak, Rosli Goh Abdullah, 65, berkata, berikutan kenaikan kos makanan seperti dedak, tahi minyak kelapa sawit, jerami dan kacang soya, penternak sepertinya tidak mampu untuk menanggung kos makanan haiwan ternakan yang tinggi.

Katanya, dia memulakan usaha ternakan lembu sebelum penularan pandemik Covid-19 de­ngan hanya menternak lapan ekor lembu.

Jelasnya, setelah empat tahun beroperasi, ladangnya yang dikenali sebagai Benut Agro Farm (BAF) mempunyai 130 ekor lembu terdiri pelbagai jenis baka.

“Untuk 130 ekor lembu, kos makanan serta bahan-bahan penjagaan daripada penyakit memerlukan antara RM8,000 hingga RM10,000 sebulan, belum termasuk gaji kepada dua pekerja tetap.

“Jika kerajaan memperkenalkan konsep Payung Rahmah dalam pelbagai aktiviti ekonomi, penternak lembu, kambing dan sebagainya juga perlu diberikan perhatian yang sama,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Rosli, tentunya pihak-pihak berkenaan menye­dari perkara ini yang akhirnya membebankan pengguna bagi mendapatkan daging lembu segar, namun terpaksa membe­linya dengan harga yang tinggi.

“Jadi dalam isu ini, penternak tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana mereka berdepan dengan kos pemeliharaan lembu yang tinggi ketika ini dan tidak mampu untuk terus menanggung kerugian,” katanya.

Katanya, dengan dibantu oleh tiga orang pekerja, BAF turut membekalkan anak-anak lembu kepada penternak lain yang berminat untuk membelinya bagi menambah pendapatan.

“Kebanyakan lembu yang di­ternak adalah baka lembu tempatan selain baka bali, brahman selain beberapa lembu ‘sado’ seperti charolais, limosin dan blonde bagi tujuan baka,” kata­nya.

Tambah Rosli, pihaknya tidak menjual daging-daging lembu secara harian kepada peruncit tetapi sebaliknya memberikan tumpuan bagi tujuan ibadah korban setiap tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI