PETALING JAYA – Setiap kali Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengumuman pasti orang ramai teruja dengan berita baik mengenai pengeluaran wang caruman mereka namun berbeza kali ini apabila menerima reaksi berbeza netizen.
Melalui pengumuman yang dibuat KWSP di aplikasi Facebook hari ini berkata, orang ramai boleh mula menyemak status kelayakan serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP di laman sesawang mulai hari ini seperti tidak mendapat sambutan.
Rata-rata pengguna media sosial yang menjengah ke ruangan komen menyatakan pengeluaran FSA2 KWSP diperkenalkan ini seperti tidak membantu malah membebankan pencarum dengan menanggung lebih banyak hutang dimasa akan datang.
“Lawan web tak jem, terima kasih Menteri,” kata Pitt Dinz.
“Nak selesai hutang, disuruhnya tambah lagi hutang, aduh,” ujar Norazam Abd Majid.
“Sedih orang yang betul-betul memerlukan KWSP tak dapat untuk mereka, baru hilang kerja beban hutang, rumah, kereta dan sebagainya suruh tambah lagi hutang, stress dengan ekonomi sekarang,” kata Ina Salleh.
“Tak sabar rasanya sebab janda Elya 7 April ni dah habis idah lepas bercerai dengan abang i-Citra, boleh lah nanti abang i-Cagar masuk merisik,” kata pengguna media sosial lain. – KOSMO! ONLINE