fbpx

Pemandu tertidur punca lori terjunam ke dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AQIL Rasydan Razmi ditemui meninggal dunia dalam lori yang dipandunya dan terjatuh ke dalam laut di Lumut Port, Kampung Acheh, Sitiawan awal pagi tadi.

LUMUT – Siasatan awal polis mempercayai pemandu terlelap menjadi punca lori dipandunya terjunam ke dalam laut di jeti Lumut Maritim Terminal, Lumut Port, Kampung Acheh, Sitiawan dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ketika kejadian, kerja-kerja memunggah muatan sedang dilakukan pada lori tersebut di pelabuhan tersebut.

“Pemandu dipercayai terlelap hingga menyebabkan lori itu bergerak dan terjunam ke dalam laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Lily Suryana Roslaili di talian 013-6559693 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mangsa, Aqil Rasydan Razmi, 20, ditemui di dalam kabin tempat duduk pemandu lori tersebut apabila kenderaan itu berjaya dinaikkan kira-kira pukul 9.45 pagi ini, lebih kurang empat jam selepas kejadian itu dipercayai berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd. Azizi Zakaria, dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.30 pagi mengenai kejadian itu.

Jelas beliau, pihaknya menggunakan dua kren untuk menarik lori tersebut ke jeti dan berjaya dilakukan ketika air mulai surut dengan kedalaman antara 10 hingga 11 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI