fbpx

Pelantikan ADUN PH bukti politik Melaka matang – Ab. Rauf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 10 Exco Melaka yang baharu selesai mengangkat sumpah di Seri Negeri, Melaka pagi tadi.

MELAKA – Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) mencerminkan kematangan politik di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, terdapat naratif politik baharu di negeri ini iaitu kerjasama politik yang merentasi faktor etnik dan dapat memupuk perkongsian kuasa antara pelbagai kaum serta parti.

Katanya, kerjasama tersebut tiada istilah kesukaran kerana beliau bersedia mengambil tanggungjawab untuk merealisasikan aspirasi kerajaan Persekutuan.

“Mengapa mesti bercakap soal kesukaran? Kalau kita takut jatuh, jangan panjat, kalau takut lemas, jangan berenang.

“Saya ambil tanggungjawab ini dengan dipandu pucuk pimpinan terutama Presiden parti (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) yang memberi saya amanah untuk bersama-sama mencerminkan kerajaan perpaduan di Melaka seperti di peringkat Pusat.

“Kita boleh ada kebersamaan, kematangan politik bermula di Melaka kerana kita telah memasuki era politik baharu yang dipanggil kerjasama politik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sementara itu, ADUN Kesidang (PH), Seah Shoo Chin Shoo Chin mengakui, tiada sebarang kesukaran dalam menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) memandangkan pelantikannya sebagai Exco dibuat secara teratur dan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI