fbpx

Minta rasuah RM3,000, dua individu menyamar pegawai kastam direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa di Mahkamah Majistret Kuala Selangor untuk permohonan perintah reman hari ini.

PUTRAJAYA – Dua individu termasuk seorang pembantu penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemilik kedai runcit berjumlah RM3,000.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 9 April 2023 itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Majistret Kuala Selangor selepas SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Sumber berkata, suspek pertama yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kastam bersama suspek kedua dipercayai meminta wang rasuah sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kedai runcit di bawah Akta Kastam 1967.

Katanya, rasuah itu diminta berikutan pemilik kedai runcit itu memiliki dan menjual rokok seludup dalam kejadian pada tahun 2020.

“Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Kuala Selangor,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI