fbpx

KKDW komited perkasa maahad tahfiz, TVET di luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Zahid (tengah) bergambar setelah melakukan gimik perasmian Majlis Santunan Kasih Ramadan di Simpang Empat, Kangar hari ini.

KANGAR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terutama dalam kalangan pelajar di kawasan luar bandar dan maahad tahfiz.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 280 program pendidikan itu dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah KKDW.

Beliau yang juga Menteri KKDW memberitahu, terdapat 1,291 program berasaskan TVET dilaksanakan oleh 12 kementerian di negara ini.

“Jangan meremehkan mereka berkolar biru berbanding kolar putih, situasi kini telah berubah kerana bidang pekerjaan kolar biru menjanjikan peluang lebih baik daripada kolar putih.

“Kerajaan telah membelanjakan RM6.7 billion untuk TVET, jadi saya mahu lihat keberhasilan lebih ramai graduan TVET kerana kebolehpasaran pekerjaan bidang itu melebihi 90 peratus,” katanya  ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pusat Kegiatan Kemas Simpang Empat, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, mengambil contoh bidang pekerjaan melibatkan penyelenggaraan pesawat, kadar kebolehpasaran pekerjaan dalam bidang itu mencecah 94 peratus.

“Di negara ini, kita mempunyai 1,199 maahad tahfiz dan KKDW mengambil lapan daripadanya untuk dijadikan anak angkat kementerian yang melaksanakan program TVET di institusi berkenaan.

“Dua daripada huffaz maahad tahfiz itu kini bekerja dalam bidang penyelenggaraan kapal terbang dan tidak mustahil huffaz juga boleh berjaya dalam TVET jika diberi peluang belajar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI