fbpx

Kasut dipakai Michael Jordan dijangka catat rekod lelongan termahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelongan kasut berwarna hitam merah ini dijangka mencecah RM17.6 juta. - Sotheby’s

WASHINGTON – Kasut sukan milik bekas pemain bola keranjang profesional Amerika Syarikat (AS), Michael Jordan dijangka memecah rekod sebagai kasut paling mahal yang pernah dilelong, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Menurut firma lelongan Sotheby’s, bidaan untuk kasut Air Jordan XIII itu mencecah AS$1.8 juta (RM7.9 juta) hanya beberapa jam selepas lelongan dibuka.

Bidaan itu melepasi rekod semasa bernilai AS$1.47 juta (RM6.5 juta) untuk sepasang kasut Nike Air Ships, yang juga milik Jordan yang dilelong pada 2021.

Beberapa anggaran meramalkan kasut itu mungkin akan dijual pada harga mencecah AS$4 juta (RM17.6 juta) menjelang akhir sesi bidaan pada 11 April depan.

Jordan memakai kasut Air Jordan XIII semasa musim kejuaraan terakhirnya bersama pasukan Chicago Bulls pada 1997 hingga 1998.

Ketika itu, legenda bola keranjang tersebut berjaya menjaringkan 37 mata dalam Permainan 2 siri Akhir NBA 1998 yang membawa kepada kemenangan Chicago Bulls dengan mata 93-88 ke atas Utah Jazz.

Chicago Bulls kemudian menjuarai kejuaraan itu seperti mana yang diceritakan dalam siri dokumentari pada 2020 bertajuk Last Dance mengenai musim terakhir Jordan bersama pasukan berkenaan.

Sejurus selepas kemenangan, Jordan memberikan kasut itu kepada seorang pekerja di bilik persalinan sebagai ucapan terima kasih kerana menemui jaketnya yang hilang, kata Sotheby’s. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI