fbpx

Hubungan serasi kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan demi rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid beramah mesra dengan Muhammad Sanusi pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-A'la di Jitra, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

JITRA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keserasian antara Kerajaan Persekutuan dengan semua kerajaan negeri termasuk Kedah perlu diwujudkan demi kepentingan rakyat.

Kata beliau, kerjasama erat itu perlu dalam memastikan segala perancangan terutama dalam aspek pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan baik.

“Keserasian itu mesti diwujudkan dan jika terdapat jurang sekalipun, mesti ada usaha untuk mendekatkan jurang itu.

“Saya sebut tentang kepentingan rakyat kerana ia melebihi daripada kepentingan politik mahupun kepentingan yang dianggap sebagai jumud atau sempit terhadap rasa amarah,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-A’la, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, hubungan itu juga perlu dizahirkan dalam bentuk kerjasama yang baik dan berterusan, bukan sekadar retorik.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada Muhammad Sanusi yang sudi memenuhi jemputan ke program penyampaian sumbangan dan berbuka puasa tersebut.

“Kita beri penghargaan dengan keberadaan beliau. Kedatangan beliau turut membawa hujan ke tempat ini, alhamdulillah hujan rahmat,” katanya.

“Tadi kita berada di Perlis dan sekarang kita berbuka puasa di Kedah dengan keizinan Menteri Besar Kedah kepada saya untuk berada di sini,” tambahnya dengan nada bergurau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI